Thursday, February 9, 2012

London A to Z




Click on the Alphabets | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z 














or you may see all:


A

Air planes



Banyak kapal terbang yang boleh membawa anda ke London, Malaysia Airlines, Air Asia (mungkin sementara sahaja lagi), Etihad Airways, Singapore Airlines dan macam-macam lagi!

Persoalannya adalah service dan wang yang perlu anda keluarkan...

15jam (approx.) perjalanan ke London bukanlah suatu masa yang singkat. Memang kualiti penerbangan itu adalah sangat perlu dalam hal ni. Jika anda tanya saya; saya tetap suka Malaysia Airlines (MAS)!

Bersama MAS, seolah-olah anda terbang bersama Malaysia! Makanan-layanan-alat pandang dengar-- dll semuanya pada saya adalah memuaskan; berbaloi dengan tambangnya :) 


Airports

Lapangan terbang di London ada lima; London Heathrow Airport (LHR), London Luton Airport (LTN), London Stansted Airport (STN), London City Airport (LCY), dan London Gatwick Airport (LGW).

Pada kebiasaannya, kita akan turun di London Heathrow Airport (melainkan menaiki kapal terbang tertentu). Kebaikan turun LHR ni, banyak juga. Pertama sebab jarak antara airport ke Central London adalah lebih dekat berbanding dengan yang lain-lain. Kedua, transportation ke pusat bandar juga adalah lebih baik -- paling mudah naik tube (Underground station terdapat di dalam airport). 

Jika anda naik tube dari airport, secara automatik anda akan melalui Piccadilly Line. Station terakhir untuk line ini adalah Cockfosters -- nun jauh di utara Zone 5. Jadi anda boleh buat pertukaran 'line' di beberapa station untuk ke destinasi anda;


  • Earl's Court - Untuk ke District Line
  • South Kensington - Untuk ke District & Circle Line
  • Green Park - Untuk ke Jubilee / Victoria Line
  • Piccadilly Circus - Untuk ke Bakerloo Line
  • Leicester Square - Untuk ke Northern Line
dan beberapa lagi station sebelum sampai ke station yang terakhir.

Getting confused?? Janganlah begitu... ;p

Don't worry, setelah keluar daripada pintu immigresen dan kastam London, ada disediakan MAPS yang dapat membantu anda sekiranya anda sesat. 



Tube map (seperti di atas ini pula boleh didapati di station-station Underground) 

Don't worry keyh? Mula-mula memanglah confuse sikit -- sesat tu biasa. Tapi beberapa hari nanti okey punya! Pasti expert! :)


Accommodations

Di London, tempat penginapan memang banyak; tapi saya syorkan anda untuk buat tempahan siap-siap dari rumah agar ianya tidak menjadi satu beban.

Untuk itu, ada beberapa agent yang boleh membantu:






Mereka akan bantu anda untuk cari hotel yang sesuai; di kawasan pilihan anda dengan harga serendah £15! Tapi dengan harga tu saya tak galakkan sangat. ;p Paling kurang pun £45 (semalam) lah ye...


Beberapa kawasan yang boleh saya recommend:



  • Bayswater (Sebab dekat dengan Malaysia Hall) *Tapi hati-hati dengan Bad People ya? ;)
  • Victoria (Sebab Victoria station dekat situ je)




B

Bad people


Bad people tu orang jahatlah kan?? Okey, macam negara-negara lain juga, England turut tidak terkecuali daripada menghadapi masalah 'orang jahat' yang berleluasa -- lebih-lebih lagi di London. Tapi pada pengetahuan saya, kebanyakan orang jahat yang suka ganggu tourists ini bukan dalam kalangan penduduk tempatan itu sendiri. Kebanyakannya dari negara luar (sebab bila dengar sebutan English dia, macam dari non-English speaking country).

Okey, salah satunya adalah "Peras Ugut secara halus".

Modus operandinya begini:

1) Sewaktu anda berjalan-jalan, seorang lelaki/ kadangkala wanita (menyamar tourist) akan datang kepada anda dengan satu MAP (peta). Dia akan tanya anda; "Where is the nearest metro?" atau "do you know this place?" atau apa-apa jelah kan. Tentu secara lumrahnya anda akan berhenti dan berusaha membantu mereka kan? JANGAN!

Bukan untuk tunjuk sombong atau berlagak, tapi jalan selaju mungkin untuk mejauhi orang tersebut (mereka juga suka mengejar!). Kalau anda tak buat perkara ni dan tetap berhenti untuk membantu;


2) Dua atau tiga orang lelaki akan menyerbu anda; menyamar sebagai polis (sambil menunjukkan id Metropolitan Police *palsu*) dan menuduh anda sedang melakukan 'perniagaan'. Mereka akan menuduh anda sedang melakukan activity "drug dealing" dengan lelaki yang pura-pura sesat tadi. Kemudian mereka akan menyuruh anda membuka dompet/purse untuk mencari 'drug' tersebut. Sebenarnya dalam diam-diam, mereka sudah mengambil beberapa keping duit anda! JAGA-JAGA!










atau jenayah lain "Beri barang percuma dan ugut"

Modus operandinya begini:

1) Seseorang (biasanya lelaki) akan datang pada anda dan menawarkan barang mewah-mewah kepada anda; dengan syarat anda perlu mendekati kereta orang tersebut. Jika anda jenis mata duitan, tentu anda akan pegi kan? JANGAN!

Buatlah perkara sama iaitu jual mahal dan terus pergi dengan segera daripada situ. Jika tidak;




2) Orang tadi, bersama-sama beberapa orang lagi akan muncul dan mengacukan pisau pada anda (sambil berselindung di sebalik kereta). Mereka akan mengarahkan anda untuk bagi semua wang yang ada pada anda! JAGA-JAGA!




*Untuk melawan memang susah sebab mereka ramai. Nampak macam tiga/empat orang sahaja; tapi sebenarnya ada beberapa orang lagi sedang memerhatikan anda dari jauh. Jadi, lebih baik anda lari daripada mereka awal-awal lagi.



Awas ya? Ini adalah berdasarkan pengalaman yang diceritakan semula -- sila rujuk Malaysia Hall untuk tahu cerita lebih lanjut.

--Semoga anda akan mendapat percutian yang selamat. :)



Buses



Percaya tak? Sepanjang saya berada di London, tak pernah sekali pun saya naik bas?

Sebab underground tube pada saya adalah lebih mudah. Lebih lancar perjalanan...
Jadi, susah sikitlah saya nak cerita pasal BUSES ni.. :) 

Jika anda nak naik bus, boleh rujuk: http://www.tfl.gov.uk/modalpages/2605.aspx

*Cuma yang saya tahu, buses sangat banyak di London... merah-merah semuanya! ;p



C


Cars

Biasanya kalau bawa family, dan ingin berjalan jauh, kereta sewa juga salah satu perkara penting kan?? Erm... Tapi kalau setakat untuk berjalan dalam London, tak perlu rasanya. Lagipun kosnya boleh tahan juga...

Tapi jika anda selesa dengan cara ini, tak mengapa. Saya cuba kongsi pengetahuan saya ya?

Ianya lebih mudah sekiranya anda tempah kereta awal-awal. Boleh visit website:

atau Google sahaja ... pasti jumpa :)

Pastikan sewaktu anda tempah tu, ciri-ciri ini terdapat dalam pakej bayaran kereta anda:
Your Rate is fully inclusive of:-


* - Collision Damage Waiver (CDW) Included in your Price
* - FULLY COMPREHENSIVE INSURANCE COVER*excess applies
* - Theft Protection (TP) Included in your Price
* - Taxes Included in your Price
* - Airport Surcharge Included in your Price
* - Premium Station Fees Included in your Price
* - Licenses & Fees Charge Included in your Price
* - LOW insurance excess, compare your insurance excess with other rental company's. You can      reduce this even further by selecting SCD Waiver option online.
* - 24 hour breakdown assistance for added peace of mind!


Okey, biasanya kadar sewa kereta (3 hari) adalah £150 (approx.) dan satu tank penuh petrol (Full tank / Fill 'er up) untuk family car adalah £70.
Nak isi minyak kat mana?

Petrol station in London -  ASDA, BP, Shell ... sila check http://www.allinlondon.co.uk/directory/1268.php untuk tahu locations mereka, ya? :)



Currency


£ pound adalah matawang yang digunapakai di London, juga di serata England, dan UK :)

Kadar tukaran Malaysia Ringgit (MYR) ke Great British Pounds [Sterling] (GBP) adalah berbeza mengikut edaran semasa.

Untuk yang lebih tepat, sila rujuk
atau website currency exchange yang lain.


Mari berkenalan dengan duit mereka:

1 penny2 pence5 pence10 pence20 pence50 pence1 GBP
1 penny2 pence5 pence10 pence20 pence50 pence1 GBP






Notes: 5,10, 20, 50 pounds.
5 GPB10 GPB20 GBP50 GBP
5 GBP10 GBP20 GBP50 GBP








:)



Customs


Customs ni dalam bahasa Malaysia kastam.. :)  Selepas keluar kapal terbang, anda akan deal dengan immigresen dulu. Bila anda lepas sempadan immigresen, anda akan ke tempat pengambilan beg dan kemudian akan melalui pintu kastam.



UK Customs


Susah juga nak explain pasal customs ni. Apa kata visit 
Lebih terang dan jelas.. :)


Oh ya, dan UK juga tidak membenarkan beberapa bahan/barangan dibawa masuk ke negara tersebut:

Banned and restricted goods:

There are some goods that you're never allowed to bring into the UK including illegal drugs and all offensive weapons. There are also some goods that are restricted and need a licence or permit to be imported.
Some foods are also restricted - for example you're not allowed to bring in meat or dairy products from most countries outside the EU.  Read more about banned or restricted goods.





Civilised and Courtesy



Pada saya, masyarakat di England adalah antara masyarakat yang paling bertamadun dan bertimbang rasa dalam dunia ni. (ANTARA ya? Antara... )

Jadi jika tak nak rasa kekok (atau orang lain pandang anda pelik), beberapa perkara perlu anda pelajari -- lakukan perkara yang jarang-jarang sekali orang kita lakukan di Malaysia.

1) Tolong-menolong

Biasanya orang-orang di sana akan bantu orang lain yang sedang dalam kesulitan; carrying heavy things, for instance.

Dalam pengalaman saya 9 daripada 10 orang akan bantu saya angkat beg turun/naik dari tangga. Kadangkala kesian juga bila lihat pakcik yang mungkin umurnya sudah menjangkau 75 tahun bantu kita angkat beg yang berat dia mungkin sama berat dengan saya (mungkin).


Pernah sekali adik saya terjatuh muffler scarf sewaktu di underground station. Kemudian ada seorang lelaki bertungkus-lumus kejar dia dan pulangkan balik benda tersebut -- kemudian lelaki itu berlari lagi untuk mengejar trainnya yang hampir bergerak meninggalkan stesen!

Tapi disebabkan praktis kehidupan di sana macam tu, tidak terlalu hairan sangat pasal benda tu

--Jadi jika anda senang, lihat orang susah; bantu ya?  :)






2) Bertimbang rasa

Pernah sekali saya naik train yang agak sesak; berdiri bersebelahan dengan seorang wanita. Tiba-tiba wanita itu melantangkan suaranya: "Hello, hello?!" Dia seakan-akan memanggil seseorang dan setelah orang itu memandangnya, dia berkata lagi, "Mister, would you mind giving your seat to that gentleman over there?" Ujar wanita itu sambil menunjukkan arah kepada seorang lelaki yang sedikit berumur.

Kemudian lelaki muda yang duduk tadi terus bangun dan dengan senang hati memberikan kerusinya pada lelaki tersebut; tanpa sebarang kekasaran (atau tunjuk muka tidak puas hati). Tapi pak cik tua itu jawab, "No, it's okay. Thank you,"

--

Ada pula satu hari seorang lelaki (gaya ganas gila). Dengan hoodie yang ditutup sehingga mukanya terlindung. Dia duduk sebelah saya dalam train. Kemudian dia bergegas bangun dan menyuruh seorang lelaki muda, tetapi sedang mengendong anak untuk duduk di kerusinya. Lelaki yang ada anak tadi senyum dan menolak sambil menyuruh lelaki itu duduk semula. :)

Sweetkan?? Memang perangai dia orang sangat menyenangkan -- kecuali bad people! ;p

D


E




F

Foods (Halal)

Di London mencari makanan halal tidaklah begitu sukar; bukan sahaja ada kedai Melayu Malaysia di sana, tapi ada juga kedai-kedai Islam yang datang dari seluruh pelusuk dunia -- Iran, Pakistan, Lebanon ...

Jadi anda tak perlu risau tentang yang ini ya? :)




Untuk dapatkan list kedai makan Malaysia di London, sila visit:



G




H


Hotels


At the moment saya update yang lain dulu, ya? Please see Accomodation.




I

Immigration and Passports

Bila anda naik kapal terbang, peramugari/gara (;p) akan edarkan sekeping kertas kecil kepada setiap penumpang. 

Kertas tu dia akan tulis UK Border Agency. Jangan buang tau! Yang anda perlu buat adalah lengkapkan borang itu (sebelum turun kapal terbang agar urusan akan jadi lebih mudah).

Nanti bila dah turun kapal terbang, pihak immigresen UK akan ambil dan cop bersama-sama dengan passport anda.

*Jika hilang/tak dapat borang tu, minta pada pekerja yang menjaga di depan kaunter-kaunter immigresen.




Sedikit informasi:

If you are coming to the UK as a visitor, you are allowed to stay here for up to 6 months in most cases. If you want to stay here for longer than 6 months, you should read the Visas and immigration section to find out about non-visitor immigration categories.



J

K

L

M

N

O

P

Q

R

S

T

U

V


Value Added Tax (VAT)


Biasanya bila kita makan di fast food restaurant Malaysia, jika harganya RM13.00 kita perlu consider tambahan 6-7% gov. tax kan? Maka jumlah makanan tersebut akan jadi RM 13.78-13.91.

Lain pula di England. Sekiranya harga 6inch sandwich Subway harganya £3, maka £3 lah yang perlu anda bayar. Tiada charge tambahan. Ini kerana harga tersebut sudah termasuk dengan gov. tax dan tax2 yang lainnya. Maka itu dipanggil VALUE ADDED TAX (VAT).

Bukan sahaja makanan, tapi semua barang -- aksesori, pakaian, kereta dan apa-apa sahajalah!





Tapi disebabkan tax tersebut adalah digunakan untuk membina kemudahan buat rakyat dan orang yang menetap di sana, jadi sebagai tetamu kita tidak ada sebarang kepentingan terhadap tax tersebut. Maka kerajaan mereka membuat VAT Refund Scheme yang dipanggil Retail Export Scheme or Tax-Free Shopping.

dan sebagai visitor, anda boleh menuntut balik wang tersebut sehingga 20% daripada harga barang!



Apa yang perlu ada untuk mendapatkan VAT?

1) Kertas kerja (paper work) yang lengkap
2) Passport yang namanya sama dengan yang tercatat di dalam kertas kerja
3) Receipts barang-barang belian yang ingin dituntut
4) Barang-barang belian. (Ada circumstance di mana pegawai yang memproses paper work VAT anda akan meminta anda untuk menunjukkan barang-barang belian. Biasanya jika nilai tuntutan melebihi £1000).


Bagaimana untuk mendapatkan kertas kerja VAT?

1) Jika membeli di butik mewah (Chanel, Prada, LV etc)
Sekiranya anda membuat pembelian di butik-butik sebegini, cashier mereka akan bantu untuk membuat kertas kerja bagi pihak anda. Yang perlu anda lakukan hanyalah mention about VAT, serahkan passport anda pada mereka, pilih cara bayaran (cash/credit card) dan paper work anda akan tersedia.

2) Jika membeli di departmental store (Harrods, Selfridges)
Anda perlu ke pejabat mereka: Tax Free Shopping Bureau (Harrods) atau Customer Services (Selfridges), ambil nombor giliran, kemudian berjumpa dengan pegawai mereka, serahkan passport dan receipt, dan mereka akan sediakan paperwork untuk anda.

3)Beli di kedai-kedai tepi jalan
Jika anda beli souvenirs atau apa-apa barang yang lain, mereka juga ada VAT refund. Tetapi anda perlu beli lebih daripada £40. Untuk kedai-kedai kecil, anda perlu mention VAT pada mereka, dan mereka akan print receipt VAT (paper work) dan serahkan kepada anda berserta dengan receipt belian. Anda perlu buat kerja sikit lah sebab paper work ini tidak disediakan. Anda perlu isi sendiri di atas receipt VAT tersebut dengan butir-butir peribadi anda (yang berkenaan sahaja).

*Pastikan receipt yang mereka print adalah penuh dan tidak terpotong! (VAT refund tidak diluluskan untuk receipt yang tidak lengkap)


Di mana untuk mendapatkan VAT Refund?

Biasanya tuntutan dibuat di lapangan terbang (pada hari anda ingin keluar dari England). Di Heathrow Airport, anda perlu pergi ke Travelex counter atau UK Border Agency office. Di situlah tempat di mana refund akan dibuat.

*Jika anda sudah checked in, jangan risau -- selepas daripada security check, masih ada kaunter kecil untuk menuntut VAT. Tapi seeloknya buat siap-siap before security check sebab di luar tu office dia lebih besar.



Refund boleh dituntut dalam bentuk CASH atau CREDIT CARD.


Untuk maklumat lanjut: http://www.hmrc.gov.uk/customs/tax-and-duty.htm (Syarat-syarat dsb.)



*Dengan adanya skim VAT ni, maka tak hairanlah kalau ramai yang akan membeVAT pula tu.. ;)


W

X

Y

Z